Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nishikori, Djokovic berentap di suku akhir

    TOKYO, 28 JULAI – Kei Nishikori dari Jepun sedia memburu pingat emas Olimpik apabila dia beraksi menentang pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic di suku akhir kejohanan tenis lelaki.

    Nishikori, yang memenangi pingat gangsa lima tahun lalu di Rio, perlu mengatasi Djokovic yang mengejar Golden Slam di Tokyo dan terus menghidupkan impiannya untuk menjadi juara tenis Olimpik pertama di Jepun.

    Bekas naib juara Terbuka AS itu berjaya menewaskan Ilya Ivashka dari Belarus 7-6 (9/7), 6-0 hari ini tetapi kemudiannya kalah di suku akhir dalam perlawanan beregu lelaki bersama rakannya, Ben McLachlan.

    Nishikori hanya mengalahkan Djokovic dua kali dalam 18 perlawanan mereka. Kemenangan terakhirnya ke atas pemain Serbia itu pada separuh akhir Terbuka AS 2014.

    “Saya tidak sabar untuk bermain esok. Tidak mudah bermain perseorangan dan beregu.

    Aksi Kei Nishikori ketika mengembalikan bola kepada Ilya Ivashka dari Belarus semasa perlawanan tenis pusingan ketiga perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam. – AFP

    Saya tahu ia akan menjadi acara yang sukar. Dia pemain nombor satu,” kata Nishikori.

    “Dia adalah lelaki paling sukar dalam kejohanan ini, jadi saya harus bermain yang terbaik.”

    Walaupun Naomi Osaka tersingkir pada pusingan ketiga yang mengejutkan dalam kejohanan wanita, Jepun telah mencatat permulaan yang sangat cemerlang dengan meraih 12 emas menyamai jumlah mereka di Rio 2016.

    “Ia sekali gus memberikan inspirasi hebat,” kata Nishikori.

    “Saya telah menonton setiap hari, saya menyaksikan acara bola lisut semalam, ping pong dan acara renang mereka juga sangat baik. Ia pasti memberi inspirasi kepada saya.

    “Itulah kebaikan menyertai Olimpik di sini, anda dapat melihat ramai atlet bermain dengan baik dan walaupun sukan yang tidak sama, anda mengalami banyak emosi yang berbeza,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda