Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Noki harap cepat sembuh sebelum ke Mekah

    Anggota kumpulan K-Clique iaitu Noki terpaksa menerima rawatan kecemasan di sebuah klinik di Ampang, Selangor selepas mengalami kesukaran bernafas.

    Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 29, berkata hasil pemeriksaan doktor memaklumkan terdapat masalah pada saluran pernafasannya apabila nafasnya ketat dan seakan-akan tersumbat.

    “Saya terus ke klinik sebab susah nak bernafas. Sekarang masih menerima rawatan.

    “Kata doktor, bunyi nafas juga ketat dan seakan tersumbat. Saya pula memang ada masalah lelah,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Noki sebelum itu memuat naik gambar dia menerima rawatan di klinik berkenaan di laman Instagram miliknya.

    Noki terima rawatan kecemasan akibat sesak nafas. – mStar

    Tambah Noki, masalah sukar bernafas yang dialami sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

    Bagaimanapun, dia belum berkesempatan untuk mendapatkan rawatan sepenuhnya disebabkan sibuk dengan kerja.

    “Sebenarnya, sejak menyertai program The Masked Singer lagi saya dah sering sesak nafas, tetapi masih belum menerima sebarang rawatan.

    “Baru sekarang ada masa nak ke klinik. Semoga semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.

    Sementara itu, Noki juga berharap tahap kesihatannya bertambah baik memandangkan dia bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada Rabu untuk mengerjakan umrah.

    Bercakap lanjut, Noki juga mahu mengambil kesempatan berada di sana nanti bagi memohon doa dipertemukan jodoh.

    “Semoga saya akan lebih sihat apabila ke sana nanti. Kita nak pergi ke tempat suci, jadi hanya berdoa kepada Allah agar segala dipermudahkan.

    “Pastinya saya mahu berdoa agar berjumpa dengan jodoh yang betul-betul baik. Semoga saya istiqamah menjadi orang lebih baik,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...