Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jiman Casablancas meninggal dunia

    Khabar sedih menyelubungi dunia seni fesyen tanah air apabila Jiman Casablancas atau nama sebenarnya Muhammad Nizam Khamis dilaporkan meninggal dunia pada malam Ahad lalu.

    Jiman yang merupakan seorang ikon fesyen, nasihat perhubungan awam dan bekas peguam bukanlah asing dalam dunia seni tempatan.

    Allahyarham kerap menjadi pilihan sebagai penasihat fesyen kepada pelbagai jenama selain bekerjasama dengan selebriti popular dalam merangka stail mereka.

    Rakannya yang juga pelakon terkenal, Nabila Huda berkongsi berita ini dalam satu hantaran yang dimuat naik di ruangan Insta Story miliknya memetik laporan MH.

    “Dukacita dimaklumkan kita kehilangan seorang sahabat, abang dan kesayangan Mohd Nizam Khamis atau lebih dikenali sebagai Jiman Casablancas. Didoakan agar Allah mengasihani dan mengampunkan arwah dan menempatkannya di tempat terbaik di syurga.

    “Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada ahli keluarga yang kehilangan Jiman,” tulis Nabila ringkas.

    Dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu 5, Jalan Ipoh pada jam 10 pagi hari ini.

    Imbas kembali, Jiman merupakan seorang graduan dari Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang dan pernah disenaraikan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh di Malaysia oleh GetCraft. – Agensi

    Jiman meninggal dunia akibat serangan jantung. – Gempak
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...