Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Noki tampil ulas status hubungan dengan Ezzanie Jasny

    Digosipkan sedang hangat bercinta dengan pelakon Malaysia, Ezzanie Jasny, penyanyi Malaysia, Noki K-Clique tampil menjelaskan status hubungan mereka.

    Memetik laporan mStar, menurut Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 30, beliau dan Ezzanie hanya berkawan rapat dan bukanlah sedang bercinta seperti diperkatakan netizen.

    Kata Noki, buat masa ini beliau selesa bersahabat dengan aktres drama I Love You Stupid itu.

    “Maaf saya tidak mahu bercakap tentang soal ini (gosip cinta). Kami hanya berkawan dan tidak mempunyai sebarang hubungan.

    “Saya malas untuk mengulas lanjut tentang perkara ini. Ya benar video tular itu adalah foto terbaru kami tetapi kami hanya berkawan dan saya tidak pernah memberitahu yang kami sedang bercinta,” katanya kepada mStar.

    Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok Ezzanie memuat naik video beliau dan Noki meluangkan masa bersama dengan kapsyen ‘Lepak dengan kawan gaduh je’.

    Susulan daripada itu, rata-rata netizen membuat spekulasi mendakwa pasangan itu sedang hangat bercinta dan turut merestui hubungan itu.

    Sebelum itu, menerusi temu bual bersama media, Noki mengakui kini dalam proses mengenali seorang wanita dan berharap dapat mendirikan rumah tangga memandangkan usianya sudah menginjak 30 tahun. – Agensi

    Tular video Noki K-Clique dikatakan keluar ‘dating’ dengan Ezzanie. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...