Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nomad lebih matang selepas kahwin

    Hampir setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nomad memberitahu kehidupannya kini lebih teratur selepas bergelar suami kepada Farah Wahidah Hassan.

    Malah kata Nomad atau Nur Muhammad Alieff Ayub, 36, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga turut menjadikan dirinya lebih matang.

    “Sebelum ini kerja hanya untuk diri sendiri sahaja, tetapi sekarang apa sahaja dilakukan untuk isteri dan keluarga kedua-dua belah pihak. Saya jadi lebih matang selepas berkahwin dari segi pemikiran dan cara hidup.

    “Dari segi kehidupan harian lebih teratur. Isteri yang banyak beri nasihat dalam pemakaian, jadi nampak lebih kemas.

    “Dalam bab makan pula kami tidak terlalu memilih. Malah lebih suka memasak di rumah sahaja. Ada ketika sampai berebut siapa nak masak,” katanya kepada mStar.

    Nomad ditemui ketika majlis berbuka puasa Raikan Ramadan bersama Indigital Music dan FYP Media yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. – Agensi

    Nomad bersyukur dapat isteri yang memahami kerjaya. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda