Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Noorkhiriah sebak rindu ayah

    Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi setiap orang.

    Bertahan dan terus kuat menjalani hidup selepas kematian insan yang disayangi bukanlah satu perkara yang mudah.

    Rindu itu fitrah pada setiap manusia. Sungguh pun perasaan itu tidak pernah padam namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Hanya doa yang mampu dititipkan dari jauh.

    Melalui satu perkongsian di laman Instagram, pelakon, Noorkhiriah dilihat tidak dapat menahan sebak sewaktu menziarahi kubur arwah bapanya, baru-baru ini.

    Kerinduan seorang anak pada seorang bapa yang telah tiada lagi di dunia ini tidak mampu diungkapkan. Hanya mereka yang melaluinya sahaja mampu merasai kesakitan itu.

    Noorkhiriah mengakui sebagai seorang anak, beliau sudah hilang tempat untuk bermanja dan mendapatkan kasih sayang seorang ayah. – Agensi

    “Orang selalu nampak saya ketawa, gembira. Bila sentuh bab rindu pada arwah ayah, saya kalah. Rindu paling sakit. Ayah adalah lelaki pertama yang tidak pernah sakitkan hati anak dia. Sangat betul. Ketika ini saya tidak dapat menahan air mata.

    “Hari lahir arwah ayah 3 Disember baru-baru ini. Semua anak-anak balik. Genap 69 tahun kalau ayah masih ada. Cium batu nisan pun dah rasa puas sangat. Sakit rindu ini. Sakit sangat. Semoga pak tenang di sana,” tulisnya.

    Noorkhiriah mengakui bahawa sebagai seorang anak, beliau sudah hilang tempat untuk bermanja dan mendapatkan kasih sayang seorang ayah.

    Pada masa sama, Khiriah sempat memberi pesanan kepada semua individu yang masih mempunyai ibu bapa agar menjaga kedua orang tua mereka sebaik mungkin sementara masih hidup. Pada mereka yang telah kehilangan, jangan lupa untuk mendoakan mereka.
    Perkongsian Khiriah menarik perhatian ramai warganet.

    Mereka turut merasai kesedihan yang dilalui oleh Khiriah. Melalui komen-komen yang ditulis oleh warganet, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Khiriah. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...