Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nor Hidayah tidak mahu bermusuh dengan Ali

    Bekas kakak ipar Ali Puteh sekali lagi mengingatkan pelawak Malaysia berkenaan untuk membayar wang saman sekali gus melenyapkan sengketa yang wujud di antara mereka berdua.

    Nor Hidayah Mohd Ali, 31, berkata, dia bukan seorang yang tamak sebaliknya hanya mahu menuntut hak yang sepatutnya diberikan kepada anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4 tahun.

    “Harapan saya cuma dia selesaikan apa yang perlu dia lunaskan dan kami akan bawa haluan masing-masing.

    “Perkara ini sudah berlarutan dan dari pihak saya pun tidak mahu bermusuhan kerana Hamzah pun anak saudara dia juga.

    “Saya mahu minta hutang saja. Hutang itu untuk anak saya bukan saya. Saya tidak tamak pun sebab saya pun ada harta kerana ada perniagaan sendiri,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Melodi hari ini menurut laporan mStar.

    Hidayah mahu menuntut hak untuk anak lelakinya. – mStar

    Dalam pada itu, Hidayah memberitahu dia tidak mahu bermusuh dengan Ali dan turut mendoakan agar perniagaan yang diusahakan Ali terus maju.

    Pun begitu, Hidayah mahu Ali secepatnya membuat pembayaran agar isu ini tidak berlarutan lebih panjang.

    “Saya mahu yang terbaik kerana saya juga tidak mahu perkara ini terjadi. Saya tahu kalau arwah (suami) masih ada lagi mesti dia sedih kerana anak masih kecil lagi.

    “Kalau boleh biarlah hubungan keluarga kami berbaik. Kepada adik ipar, Ali saya doakan perniagaan dia semakin berjaya.

    “Bila dah berjaya bayar sahaja hutang saya kerana tidak mahu kes ini berpanjangan,” ujarnya.

    Sementara itu, peguam mewakili Hidayah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad memberitahu pihak mereka tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut susulan Ali masih lagi belum membuat sebarang pembayaran saman.

    Ia disebabkan status Ali sebagai bapa saudara kepada Hamzah, namun tidak teragak-agak akan mengambil tindakan lanjut sekiranya pelawak itu gagal membayar saman. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...