Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norway berminat kerjasama dengan Sarawak dalam tenaga boleh baharu 

    KUCHING, 5 JAN – Komitmen Sarawak dalam menerokai tenaga boleh baharu bagi mencapai visi menjadi negeri maju menjelang 2030 mendapat perhatian Norway yang
    berminat mencari peluang kerjasama.

    Perkara itu disampaikan Duta Besar Norway ke Malaysia Morten Paulsen semasa mengadakan kunjungan ke atas Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni di sini, semalam.

    Dalam kenyataan hari ini, Dr Hazland berkata Paulsen telah menyatakan minat kerajaan Norway untuk menjalin kerjasama dan menerokai peluang dalam tenaga boleh baharu.

    “Dasar kerajaan Sarawak yang turut mempromosikan tenaga hijau dan teknologi juga menarik minat Norway untuk menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan khususnya dalam bidang tenaga hijau.

    “Duta Besar Norway juga menyatakan minat dalam pelaksanaan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Sarawak,” katanya.

    Dr Hazland berkata Sarawak berpotensi besar dalam CCUS kerana mempunyai kawasan luas serta struktur geologinya yang sesuai untuk menyimpan karbon dioksida. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda