Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nourul, Ayu sudah berbaik

    Hubungan penyanyi Malaysia, Nourul Wahab dan anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah sudah kembali pulih seperti sedia kala.

    Penyanyi dan komposer Ajai atau Mohd Faizal Maas, 48, memberitahu mereka sudah berhubung dan saling bermaaf-maafan atas kemelut yang melanda sebelum ini. “Mereka sudah berbaik… Ayu maklumkan kepada saya dia sudah menghubungi mamanya (Nourul).

    Mereka sudah bermaaf-maafan.

    “Alhamdulillah hubungan mereka sudah jernih. Biasalah kisah ibu terasa hati ini, tiada apa yang serius pun,” katanya kepada mStar.

    Ajai mengulas mengenai hubungan Ayu dan bekas isterinya itu ketika ditemui pada majlis pelancaran rakaman semula lagu Saat Hilang Cintamu nyanyian Aufahanie yang berlangsung di Petaling Haya pada Jumaat.

    Hubungan Nourul dan Ayu sudah kembali jernih. – Agensi

    Dalam pada itu, Ajai menegaskan dia tidak pernah masuk campur mengenai kemelut yang berlaku di antara Nourul dan Ayu selama ini.

    “Bagai saya dua-dua sudah dewasa dan boleh keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ini, saya dah faham sangat.

    “Mereka darah daging, mesti akan berbaik kalau ada masalah,” ujarnya.

    Sementara itu, Ajai enggan mengulas dakwaan faktor Ayu tinggal bersama pelakon Datin Seri Maria Farida menjadi punca perbalahan di antara Nourul dan anaknya.

    Sebaliknya kata Ajai, Ayu sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada aktres berkenaan namun kini sudah mempunyai pekerjaan tetap.

    “Ayu pernah jadi pembantu peribadi Maria Farida, tetapi selepas dia ada kerja tetap dalam bidang zoologi, Ayu sudah duduk di rumahnya sendiri,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda