Friday, January 24, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nurul Zahid jawab tuduhan bapa jalani pembedahan kosmetik

    Kecoh di media sosial apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan mata kelihatan bengkak dan lebam.

    Namun teka-teki itu terungkai apabila anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil menjelaskan bapanya mengalami kerosakan saraf optik dan memerlukan pembedahan.

    Memetik dari mStar, Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, “Saraf mata dia tak function (berfungsi). Sebab tu mata dia jadi ‘jatuh’. Buat muka buat apa, bukan super star pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata, kena lah buat sesuatu.”

    “Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” tulisnya membalas komen netizen di Instagram.

    Bukan itu sahaja, Nurulhidayah juga menjelaskan bahawa sebagai ahli politik, Zahid perlu kuatkan semangat walaupun sakit kerana memikul tanggungjawab besar yang diamanahkan.

    Nurulhidayah berkata bapanya masih dalam proses pemulihan dan tidak berehat lama selepas pembedahan mata.

    Pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan Zahid bercuti selama dua minggu.

    Namun Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sekali lagi mencuri tumpuan apabila dilihat tampil memakai cermin mata hitam di Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu. – Agensi

    Gambar kanan adalah keadaan terkini Zahid Hamidi setelah pembedahan saraf mata, baru-baru ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda