Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    NZ catat peningkatan penduduk

    WELLINGTON, 25 OKT – New Zealand (NZ) mencatatkan peningkatan penduduk di kesemua 16 wilayah pada tahun berakhir Jun 2023, berikutan pertumbuhan dua tahun yang lebih rendah apabila beberapa buah wilayah mencatatkan penurunan populasi, menurut anggaran sementara oleh Jabatan Perangkaan Statistik NZ hari ini.

    “Auckland ialah wilayah yang paling pesat berkembang pada 2023, bertentangan dengan kehilangan penduduk pada 2022,” kata Pengurus Anggaran dan unjuran Statistik NZ, Michael MacAskill.

    Auckland meningkat sebanyak 47,000 orang, atau sebanyak 2.8 peratus, pada tahun yang berakhir pada Jun 2023, kata MacAskill, sambil menambah bahawa wilayah Otago, Waikato dan Bay of Plenty juga berkembang lebih cepat daripada purata New Zealand.

    Secara nasional, penduduk meningkat sebanyak 2.1 peratus pada tahun yang berakhir pada Jun 2023, peningkatan ketara daripada pertumbuhan 0.1 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik NZ.

    Penghijrahan bersih adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan Auckland, iaitu 78 peratus, dengan selebihnya dikaitkan dengan peningkatan semula jadi-kelahiran tolak kematian, katanya.

    Migrasi bersih untuk kawasan subnasional termasuk migrasi dalaman-orang yang berhijrah di New Zealand, dan migrasi antarabangsa-orang yang berhijrah antara New Zealand dan negara-negara lain, tambahnya.

    “Auckland memperoleh orang melalui penghijrahan antarabangsa, tetapi kehilangan orang melalui penghijrahan dalaman, meneruskan corak sejak akhir 1990-an,” kata MacAskill.- Xinhua

    Gambar Freepik

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...