Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ops Kelinga: 8 kesalahan didapati di 2 lokasi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Sebanyak lapan kesalahan telah dikesan di kawasan Kampung Pulaie dan Jalan McArthur di ibu negara yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh, baru-baru ini.

    Pemeriksaan pertama yang telah dijalankan di Kampung Pulaie telah mendapati sebanyak dua kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 86 Gagal mendapatkan kebenaran tempat pekerjaan dan gagal membuat penyusunan semula penempatan pekerja tambahan, dan Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing, di mana pekerja berjawatan sebagai buruh didapati membuat pekerjaan pembinaan.

    Pemeriksaan kedua yang telah dijalankan di Jalan McArthur Bandar Seri Begawan telah mendapati sebanyak enam kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 63 gagal memberikan cuti rehat, Bab 65 Melebihi jam kerja yang ditetapkan, Bab 70 Gagal memberikan cuti hari kelepasan awam, Bab 82 gagal menyediakan kelengkapan kecemasan, Bab 112 (1) menggaji pekerja asing tanpa ada kebenaran lesen pekerja asing, dan Bab 112 (2) Kesalahan melanggar syaratsyarat lesen pengambilan pekerja asing.

    Bagi kesalahan tersebut, jika didapati bersalah, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan. Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh dalam kenyataan akhbarnya ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

    – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...