Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ mungkin alami gelombang COVID

    WELLINGTON, 4 OKT – New Zealand mungkin mengalami gelombang baharu COVID lagi sebelum hujung tahun ini.

    Profesor Michael Plank dari Universiti Canterbury menyeru penduduk untuk mendapatkan suntikan penggalak jika mereka belum melakukannya, menurut laporan dari New Zealand Herald.

    Kes COVID dan kemasukan ke hospital telah meningkat di negara-negara Eropah seperti Jerman, Denmark, Belgium dan Britain, kata Plank, memetiknya sebagai contoh gelombang wabak yang akan berlaku.

    “Jadi apa sahaja yang berlaku di Hemisfera Utara, saya menjangkakan perkara serupa akan berlaku di sini – mungkin dalam masa beberapa minggu,” kata Plank, seperti dipetik New Zealand Herald. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda