Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ tingkat sasaran iklim

    WELLINGTON, 31 OKT – New Zealand menetapkan sasaran baharunya hari ini, dengan jaminan untuk mengurangkan separuh pelepasan gas rumah hijau bersihnya menjelang tahun 2030.

    Sasaran baharu itu diumumkan ketika pemimpin dunia berkumpul di Glasgow bagi sidang kemuncak COP26 mengenai perubahan iklim, jauh lebih tinggi daripada sasaran sebelumnya iaitu 30 peratus yang ditetapkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Paris 2015.

    Perdana Menteri, Jacinda Ardern, berkata New Zealand meningkatkan sumbangan kepada perjuangan global terhadap perubahan iklim mewakili bahagiannya dan sejajar dengan apa yang diperlukan jika ingin mengelakkan kesan pemanasan global yang paling teruk.

    Pelepasan ketika ini hampir sama seperti pada tahun 2005 dan Menteri Perubahan Iklim, James Shaw menyifatkan dekad seterusnya sebagai ‘buat atau berhenti’ untuk planet ini.

    “Untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius, sains menunjukkan kita mempunyai kira-kira lapan tahun lagi untuk hampir separuh pengeluaran gas rumah hijau global.

    “Tempoh itu perlu untuk negara membuat rancangan, meletakkan dasar dan akhirnya melaksanakan pemotongan itu,” katanya dalam kenyataan.

    Di bawah sistem kompleks itu yang menentukan sumbangan bagi memerangi perubahan iklim, pengurangan termasuk pengaturan membantu negara-negara lain mengurangkan pelepasan, mencetuskan kritikan dari pembangkang Parti Nasional. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda