Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Oddie Akbar menang hadiah utama cabutan bertuah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Ia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan bagi Oddie Akbar yang membuat pilihan yang tepat dan memenangi hadiah utama sebuah motosikal, BMW Motorrad R 1250 GS dalam Promosi Make Shopping a Ride, dalam cabutan akhir yang berlangsung di Supa Save, One Riverside, hari ini.

    Promosi oleh Bank Baiduri dengan kerjasama Supa Save diadakan bersempena dengan ulang tahun Supa Save ke-25 di mana hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah ialah Pengurus Besar Ben Foods (B) Sdn Bhd, Darren Yap dan Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiong.

    Dalam cabutan utama itu, hadiah utama berupa BMW Motorrad R 1250 GS dimenangi oleh Oddie Akbar, hadiah kedua iaitu baucar membeli-belah berjumlah $3,000 dimenangi oleh Awang Zul Fauzi bin Haji Miramit, hadiah ketiga berupa baucar membeli-belah berjumlah $1,500 dimenangi oleh Awang Hariz Fayadh bin Haji Musa dan dua hadiah sagu hati berupa baucar membeli-belah berjumlah $500 dimenangi oleh Terrence Han Chuan Siew dan Noryati Musing.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Oddie yang bertugas sebagai seorang cef menyatakan perasaan syukur dan amat gembira serta tidak menyangka bahawa impiannya untuk memenangi motosikal berkenaan menjadi satu kenyataan.

    Beliau berkata bahawa apabila sering kali membeli-belah di Supa Save, akan melihat motosikal yang dipamerkan itu di mana beliau setiap kali menyatakan impian ingin memenanginya.

    Ternyata dengan pilihan yang tepat, Oddie telah menjadikan impiannya satu kenyataan. Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Supa Save dan Bank Baiduri atas penganjuran promosi berkenaan.

    Darren Yap dan Lim Kian Chiong bergambar bersama Oddie Akbar selaku pemenang hadiah utama semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Darren Yap, Lim Kian Chiong dan para pemenang bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...