Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    UTB terima sumbangan 55 buah buku

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama akademik dan memperkayakan pertukaran kebudayaan, Kedutaan Republik Demokratik Rakyat Laos di Negara Brunei Darussalam menyumbangkan koleksi sebanyak 55 buah buku ke Universiti Teknologi Brunei (UTB).

    Majlis penyerahan sumbangan buku berkenaan telah diadakan di Perpustakaan UTB, kelmarin.

    Majlis yang menandakan sebuah mercu tanda signifikan dalam pertukaran kebudayaan dan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara berkenaan telah dihadiri oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Sengdavanh Vongsay dan Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Turut hadir ialah perwakilan dari negara-negara sahabat, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Hajah Mardiana binti Haji Omar, pegawai-pegawai utama UTB dan wakil-wakil daripada kedua-dua buah negara.

    Dalam kata alu-aluannya, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah menyatakan bahawa UTB amat komited kepada pendidikan serta kefahaman kebudayaan. Beliau menambah bahawa pendidikan dan pertukaran budaya merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah untuk membina hubungan yang kukuh di antara negara.

    Dalam hubungan itu, inisiatif seperti sumbangan koleksi buku berkenaan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan yang lebih kukuh di antara Brunei dan Laos.

    Sementara itu, PYT Sengdavanh Vongsay dalam ucapannya menyatakan peranan penting yang di-mainkan oleh pertukaran penduduk dan pendidikan dalam hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara berkenaan.

    Sudut Buku Republik Demokratik Rakyat Laos merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan bagi memperingati Ulang Tahun Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Laos ke-30.

    Majlis diteruskan dengan perasmian Sudut Laos di Perpustakaan UTB dan diikuti dengan penyerahan sumbangan sebanyak 55 buah buku yang meliputi pelbagai subjek dan media pelancongan daripada PYT Sengdavanh Vongsay kepada Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah. Ruang khas itu dihasratkan untuk menyediakan para penyelidik dan pelajar dengan sumber komprehensif untuk meneroka budaya serta warisan Laos.

    PYT Sengdavanh Vongsay, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah dan jemputan khas bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UTB
    PYT Sengdavanh Vongsay menyampaikan sumbangan buku kepada Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UTB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...