SYDNEY, 9 OGOS – Raja renang Australia, Kyle Chalmers berkata Sukan Olimpik Paris akan menjadi penampilan ketiga dan terakhirnya, tetapi perenang berstatus bintang itu menegaskan ia tidak bermakna dia akan bersara.
Perenang berusia 25 tahun itu memenangi emas 100 meter (m) gaya bebas pada Kejohanan Dunia di Jepun bulan lalu, kejayaan yang belum pernah diraihnya sebelum ini.
Ia sekali gus menyaksikannya melengkapkan kejayaan di peringkat tertinggi selepas beraksi di peringkat Olimpik dan Komanwel.
“Ia akan menjadi Olimpik terakhir saya. Saya akan berusia 26 tahun pada tahun depan.
“Ada perenang yang lahir pada tahun 2003 atau 2004 sudah beraksi sekarang. Saya akan bertambah tua dan bersedia untuk memulakan peringkat seterusnya dalam hidup saya,” katanya kepada radio sukan SEN.
Komennya itu dianggap akan bersara tetapi Chalmers kemudiannya menjelaskan di Instagram bukan itu yang dimaksudkannya.
“Saya tidak akan bersara. Cuma ia akan menjadi Olimpik terakhir saya. Terdapat banyak pertandingan selepas Sukan Olimpik yang masih memberi saya peluang untuk mewakili negara di peringkat tertinggi,” katanya. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P23-2-Olimpik-gambar-The-Guardian_10082023.jpg)