Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Omicron BA.4 dikesan, jangan khuatir

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Hasil penganalisisan penjujukan genom yang terus dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti jenis varian COVID-19 yang dikesan di negara ini, satu kes telah dikesan sebagai varian Omicron BA.4.

    Kes tersebut tiba di negara ini dari Afrika Selatan pada 25 April dan hanya mempunyai simptom yang ringan dan pada masa ini, kes tersebut telahpun sembuh sepenuhnya, jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Secara global, jumlah kes varian Omicron BA.1 dan BA.2 adalah lebih tinggi daripada jumlah kes varian Omicron BA.4 dan BA.5.

    “Oleh itu, kemasukan kes varian Omicron BA.4 dan BA.5 tidak dijangkakan akan menyebabkan peningkatan kes yang signifikan di negara ini,” jelas Yang Berhormat Dato lagi.

    Dengan kemasukan varian Omicron BA.4 itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk tidak merasa cemas atau khuatir.

    “Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau perkembangan COVID-19. Di samping itu, orang ramai disarankan untuk mengikuti prosedur-prosedur operasi standard (SOP) yang ada pada masa sekarang,” tekan beliau.

    Terdahulu itu, Yang Berhormat Dato mengongsikan, sejak awal Januari lalu sebanyak 1,593 sampel daripada kes-kes positif COVID telah melalui ujian penjujukan genom di mana 87.9 peratus daripada sampel-sampel berkenaan didapati daripada varian Omicron.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...