Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    OpenAI umum Sam Altman untuk kembali sebagai CEO

    SAN FRANCISCO, 22 NOV – OpenAI mengumumkan pada kelmarin pengasas bersamanya Sam Altman akan kembali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, beberapa hari selepas beliau dipecat oleh lembaga itu.

    “Kami telah mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Sam kembali ke OpenAI sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dengan lembaga pengarah awal baharu Bret Taylor (Pengerusi), Larry Summers, dan Adam D’Angelo,” katanya dalam catatan di X, sebelum ini Twitter.

    Lembaga OpenAI memecat Altman minggu lepas, dengan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella mengumumkan tidak lama selepas beliau mengupah Altman untuk menjalankan pasukan penyelidikan kecerdasan buatan baharu.

    Tetapi dalam urutan peristiwa yang bergerak pantas, Altman berkata pada kelmarin beliau mendapat sokongan Nadella untuk kembalinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI.

    “Dengan lembaga baharu dan sokongan Satya, saya tidak sabar untuk kembali ke OpenAI, dan membina perkongsian kukuh kami dengan (Microsoft),” tulisnya di X.

    Beratus-ratus kakitangan di OpenAI mengancam untuk berhenti berikutan pemecatan Altman.

    Dalam surat yang dikeluarkan kepada media, sebahagian besar daripada 770 kakitangan syarikat itu mencadangkan mereka akan mengikut Altman melainkan lembaga yang bertanggungjawab atas pemergiannya meletak jawatan.

    Antara yang menandatangani ialah pengasas bersama Ilya Sutskever, ketua saintis OpenAI dan ahli lembaga empat orang yang menolak Altman keluar.

    “Saya amat menyesali penyertaan saya dalam tindakan lembaga itu,” tulis Sutskever di X pada hari Isnin lalu. “Saya tidak pernah berniat untuk membahayakan OpenAI.”

    OpenAI telah melantik Emmett Shear, bekas ketua eksekutif platform penstriman Amazon Twitch, sebagai CEO baharunya walaupun terdapat tekanan daripada Microsoft dan pelabur utama lain untuk mengembalikan semula Altman. – AFP

    Sam Altman akan kembali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Open AI, beberapa hari selepas beliau dipecat oleh lembaga itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...