Thursday, June 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Operasi catat 6 kesalahan majikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Enam kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 telah didapati dilakukan majikan dalam Operasi Siaga 109/2024 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh, baru-baru ini.

    Menurut Jabatan Buruh, pemeriksaan yang menyasarkan kegiatan gerai menjual bakso di kawasan Kampung Sengkurong telah mendapati kesalahan di bawah Bab 112(2) iaitu melanggar syarat-syarat lesen yang mana majikan didapati menempatkan pekerja asing di gerai, Bab 82 iaitu gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas, Bab 70 gagal memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan, Bab 65 melebihi jam bekerja yang telah ditetapkan, Bab 63 gagal memberikan cuti rehat dan Bab 39 iaitu gagal membayar bayaran kerja lebih masa.

    Bagi kesalahan-kesalahan berkenaan, jika didapati, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih $1,000 dan jika gagal membayarnya, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan para majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti menyediakan kelengkapan pertolongan cemas, memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan, mengikuti jam bekerja yang telah ditetapkan, memberikan cuti rehat dan membayar bayaran kerja lebih masa.

    Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan operasi di salah sebuah gerai di Kampung Sengkurong baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

    SEOUL, 19 JUN - Agensi cuaca Korea Selatan pada hari ini mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara. Nasihat gelombang haba itu...