Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Operasi kapal persiaran antarabangsa kembali disambung

    MANILA, 10 FEB – Operasi kapal persiaran antarabangsa kembali disambung di Filipina buat kali pertama selepas tiga tahun digantung ekoran pandemik COVID, menurut kenyataan Pihak Berkuasa Pelabuhan Filipina (PPA), hari ini.

    “Kapal persiaran kini kembali selepas mereka menyambung semula operasi di beberapa bahagian lain di negara ini kelmarin,” kata Pengurus Besar PPA, Jay Santiago dalam satu kenyataan.

    Santiago berkata tempat-tempat pelancongan di wilayah Ilocos Sur, Palawan dan Bohol antara destinasi tiga buah kapal persiaran yang membawa lebih 1,400 orang penumpang, dan negara itu ‘berbangga untuk mengalu-alukan kepulangan kapal mewah antarabangsa di perairan mereka ketika negara itu kembali bangkit daripada kesan pandemik’.

    “Acara-acara antarabangsa akan meningkatkan pelancongan domestik dan menjana pekerjaan bagi penduduk Filipina di wilayah-wilayah tersebut,” tambahnya.

    Pelabuhan Salomague di wilayah Ilcos Sur di pulau utama Luzon akan menerima kapal persiaran antarabangsa pertama selepas tiga tahun.

    Pegawai tempatan dijangka akan membawa penumpang melawat dengan berjalan kaki selama enam jam di wilayah utara itu, terutamanya di Bandar Vigan, salah satu contoh bandar jajahan Sepanyol dari abad ke-16 yang masih terpelihara dengan baik. – Xinhua

    Operasi kapal persiaran antarabangsa kembali disambung di Filipina buat kali pertama selepas tiga tahun digantungkan ekoran pandemik COVID. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...