Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Operasi penerbangan di UK kembali seperti biasa

    LONDON, 24 JUN – Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester di United Kingdom dijangka ‘berjalan seperti biasa’ hari ini selepas mengalami gangguan bekalan elektrik pada hujung minggu hingga menjejaskan penumpang, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Gangguan yang berlaku pada awal pagi kelmarin menyebabkan pembatalan 66 penerbangan keluar, menyumbang 25 peratus daripada semua pelepasan dan 50 penerbangan masuk, mewakili 18 peratus daripada semua ketibaan, menjelang waktu makan tengah hari, menurut syarikat analitik penerbangan Cirium.

    Lapangan terbang itu telah mengumumkan tiada penerbangan berlepas dari Terminal 1 dan 2, mengakibatkan barisan panjang dan gangguan kepada pemprosesan bagasi sepanjang hari.

    Menerusi hantaran di media sosial malam kelmarin, Lapangan Terbang Manchester menyatakan ia tidak menjangkakan sebarang ‘gangguan lanjut’ hari ini.

    “Kami ingin memohon maaf kepada semua yang terjejas oleh gangguan di Terminal 1 dan 2 hari ini. Jadual esok dijangka berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan lagi.

    “Penumpang harus merancang untuk ke lapangan terbang seperti biasa, mendaftar masuk dua jam sebelum penerbangan mereka untuk penerbangan jarak dekat dan tiga jam untuk jarak jauh.

    “Adalah dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status penerbangan awda sebelum awda pergi ke lapangan terbang. Syarikat penerbangan akan berhubung dengan penumpang untuk menjadualkan semula penerbangan yang dibatalkan,” menurut hantaran itu.

    Kelmarin, Pengarah Urusan, Chris Woodroofe memberitahu BBC News, “Kerosakan pada kabel telah menyebabkan lonjakan kuasa yang menjejaskan sistem keselamatan dan pemeriksaan bagasi”.

    Beliau turut memberi jaminan siasatan terhadap apa yang berlaku akan dilakukan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...