Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi sekatan, beberapa kesalahan dikesan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 6 MEI – Beberapa orang pemandu kenderaan telah diambil tindakan kompaun atas kesalahan melanggar beberapa peraturan di bawah Akta Lalu lintas Jalan Raya Penggal 68 semasa operasi sekatan jalan raya yang dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan Mumong hala Kuala Belait, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, antara kesalahan yang direkodkan sepanjang operasi itu ialah lesen memandu mansuh, tidak mempunyai lesen memandu yang sah serta tayar kenderaan yang tidak selamat.

    Sekatan jalan raya berkenaan melibatkan keanggotaan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Belait dan Balai Polis Panaga yang diketuai oleh Sarjan Mejar 2978 Hajah Millie bersama tujuh anggota yang lain dan telah membuat pemeriksaan sekitar 70 buah kenderaan.

    Kenyataan menegaskan, PPDB akan sentiasa menjalankan sekatan seumpamanya dalam meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan mematuhi segala peraturan lalu lintas di negara ini.

    Anggota PPDB semasa menjalankan operasi sekatan jalan raya di kawasan Mumong hala Kuala Belait. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda