Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    OpKemas: 14 syarikat dikompaun

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Sebanyak 14 buah syarikat telah dikenakan denda kompaun kerana melanggar Peraturan-peraturan Perancangan Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan), 2018 semasa OpKemas yang dijalankan oleh Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) di Kampung Jangsak dan Kampung Kilanas, Mukim Kilanas, kelmarin.

    Menurut kenyataan JPBD, Kementerian Pembangunan, di sini, setiap syarikat berkenaan telah didenda kompaun sebanyak $250 bagi kesalahan pertama dan diberikan tempoh tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda itu.

    Kenyataan menyatakan bahawa syarikat-syarikat berkenaan didapati meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang di kawasan kaki lima premis perniagaan, tempat letak kereta, kawasan lorong premis perniagaan dan perusahaan.

    Kesalahan-kesalahan itu boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dan kawasan sekitarnya.

    Kesalahan yang dilakukan oleh salah sebuah syarikat berkenaan. – Gambar serahan JPBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda