Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Kabat tahan 11 warga asing

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Seramai 11 warganegara asing telah ditahan dalam dua operasi berasingan yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-undang (BPU), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), baru-baru ini.

    Operasi Kabat 98/2024 yang dijalankan di tapak pembinaan Mukim Liang, menyaksikan pemeriksaan dilakukan ke atas 13 individu, di mana sembilan daripada mereka ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, yang melanggar Bab 55(4)(a)(b)(c) Akta Imigresen, Penggal 17.

    Sementara itu, Operasi Kabat 100/2024 yang dilaksanakan di tapak perindustrian Mukim Gadong B membawa kepada penahanan dua warganegara asing kerana kesalahan yang sama. Kedua-dua individu tersebut turut disyaki melanggar Bab 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 kerana tinggal lebih masa selepas pas imigresen mereka tamat, serta melanggar Peraturan 15(2) Peraturan Imigresen, Penggal 17 kerana bekerja dengan majikan yang tidak sah.

    Pihak JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi ke talian hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai BPU semasa menjalankan operasi di tapak pembinaan Mukim Liang, Daerah Belait. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JIPK
    Pegawai BPU undang semasa menjalankan operasi di tapak perindustrian Mukim Gadong B, di ibu negara.

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda