Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ops Kesan: 1,016 premis diperiksa, 24 notis dikeluarkan

    TAWAU, 3 MAC – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memeriksa 1,016 premis perniagaan dan mengeluarkan 24 notis dalam Ops Kesan yang bermula 1 Mac lepas, susulan kenaikan kadar cukai perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus.

    Menteri berkenaan, Datuk Armizan Mohd Ali berkata peniaga yang menerima notis itu perlu memberikan maklum balas dalam tempoh empat hari kepada kementerian berhubung pelarasan harga barang dan perkhidmatan yang dibuat di premis terlibat.

    Beliau berkata maklum balas itu diperlukan agar pihak KPDN dapat meneliti sama ada pelarasan harga dibuat oleh peniaga itu selari dan tidak bertentangan dengan
    Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

    “Sebanyak 24 notis itu (adalah) lebih kurang kadar 2.3 peratus daripada premis telah kita siasat dan penguatkuasaan ini akan kita teruskan dan KPDN mengharapkan kerjasama daripada orang awam untuk memberi aduan di platform rasmi KPDN.

    “Kita berharap juga pada peniaga untuk tidak ambil kesempatan memanipulasi harga yang kita anggap merupakan satu aspek pencatutan sabotaj daripada inisiatif dilakukan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja rasmi ke Pulau Sebatik dekat sini hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...