Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Sakat: Seorang warga asing ditahan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Seorang perempuan warga asing telah ditahan kerana dipercayai melanggar peraturan pas lawatan semasa Operasi Sakat yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) cawangan Kuala Be-lait, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, operasi berkenaan menyasarkan sebuah kedai menjual alat gantian kereta di Mukim Seria, Daerah Belait.

    Perempuan berkenaan telah ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Peraturan 9 (4) Peraturan Imigresen Penggal 17 manakala itu, pemilik kedai serta penjamin yang terlibat telah diarahkan hadir ke bahagian tersebut untuk siasatan dan tindakan lanjut.

    Sehubungan itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK Kuala Belait mengingatkan para pelawat dan pelancong agar tidak mengambil sebarang pekerjaan bergaji ataupun tidak, dan sentiasa patuh dan tidak melanggar sebarang akta dan peraturan imigresen semasa berada di Negara Brunei Darussalam.

    Mana-mana pemegang pas lawatan sosial atau pelancong di Negara Brunei Darussalam tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang bentuk pekerjaan bergaji atau pun tidak.

    Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi $2,000.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan baru-baru ini. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda