Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ops Sakat: Seorang warga asing ditahan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BELAIT, 20 JULAI – Seorang wanita warga asing berjawatan pelayan restoran telah diarahkan ke Pejabat Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Kuala Belait bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana dipercayai melanggar peraturan imigresen semasa Ops Sekat yang menyasarkan sebuah pejabat swasta di sini, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) hari ini, wanita tersebut didapati melanggar peruntukan di bawah Peraturan 15(2) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu mana-mana pekerja asing yang bekerja di negara ini hendaklah bekerja mengikut majikan asal.

    Sementara itu majikan dan pemilik pejabat syarikat yang diperiksa diarahkan untuk hadir ke bahagian tersebut bagi siasatan dan tindakan lanjut.

    Dalam pada itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK Kuala Belait mengingatkan orang ramai bahawa JIPK akan sentiasa menjalankan operasi menangkap, menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang menyalahi undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

    Bagi mana-mana warga asing di negara ini yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan dan jika sabit kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah, dipenjarakan dan diusir ke negara asal dan nama-nama mereka disenaraihitamkan.

    JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen, dengan menghubungi ke talian hotline JIPK 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) serta 8984111 (Kuala Belait).

    Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

    Wanita warga asing yang melanggar peraturan imigresen. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...