Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Raptai penuh Ramah Mesra Tutong lancar

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 20 JULAI – Daerah Tutong akan menjadi daerah kedua bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77.

    Majlis ramah mesra akan berlangsung pada 25 Julai di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong.

    Sehubungan itu, raptai penuh bagi majlis itu telah diadakan di padang tersebut, hari ini.

    Hadir bagi menyaksikan raptai penuh ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 bagi Tahun 2023.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, dan pemangku timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pemangku Pegawai Daerah Tutong; dan ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77 bagi Daerah Tutong.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa meninjau persediaan yang telah dilakukan. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...