Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ops Siaga kesan 5 kesalahan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BELAIT, 29 JAN – Lima kesalahan yang dilakukan majikan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 telah didapati semasa Operasi Siaga 13/2024 yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh cawangan Daerah Belait, baru- baru ini.

    Pemeriksaan pertama di kawasan Jalan Mckerron, Kuala Belait telah mendapati empat kesalahan di bawah Bab 63 iaitu gagal memberikan cuti rehat, Bab 64 gagal memberikan hari rehat, Bab 70 gagal memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan dan Bab 71 gagal memberikan cuti tahunan.

    Manakala itu, pemeriksaan kedua di kawasan Jalan Pretty, Kuala Belait mendapati satu kesalahan di bawah Bab 82 iaitu gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas.

    Bagi kesalahan-kesalahan tersebut, jika didapati, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan. Jika gagal membayar denda kompaun, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan para majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Majikan juga dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Untuk maklumat lebih lanjut orang ramai bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 semasa di luar waktu bekerja.

    ATAS & BAWAH : Pihak penguat kuasa semasa menjalankan Operasi Siaga. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH KUALA BELAIT
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH KUALA BELAIT

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...