Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dialog YPN bincang perkasa diri, orang lain

    OLEH Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Sebagai usaha untuk memberikan inspirasi kepada profesional muda bagi membangunkan diri mereka, Young Professionals Network (YPN) telah mengadakan Impact Dialogue: Empowering Yourself, Empowering Others Edisi ke-7 yang berlangsung di Sudut Event Space, Kiarong, baru-baru ini.

    Sesi dialog edisi ke-7 berkenaan telah mengetengahkan sesi perkongsian daripada mentor undangan khas iaitu Pengasas Nazkids, Baitulhusna Ahmad Zamri, di mana ia merupakan sebuah perusahaan sosial yang memperkasakan wanita di Kedah, Malaysia.

    Sesi yang dikendalikan oleh ahli teras YPN Brunei, Fadli M Zaini, telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta di mana mentor undangan, Baitulhusna berkongsi mengenai perjalanannya mengasas sebuah perusahaan sosial setelah meninggalkan pekerjaan korporat yang stabil di awal kerjayanya pada sekitar 2012.

    Baitulhusna antara lain mengongsikan bahawa apabila sesuatu peluang itu hadir, kita harus merebutnya tanpa perasaan segan serta menasihatkan para peserta supaya tidak merasa takut dengan cabaran serta risiko yang dihadapi kerana melaluinya kita boleh berkembang.

    Beliau juga mengetengahkan mengenai pentingannya untuk sentiasa tekun dan konsisten dalam usaha kita. Ketika mengulas mengenai topik yang dibincangkan, Baitulhusna menyatakan bahawa dalam perjalanan perusahaan sosialnya, beliau memperkasakan orang ramai untuk memperkasakan dirinya sendiri dan ia menghendakinya bagi terus memperbaiki dirinya sebagai seorang pemimpin.

    Antara peserta yang menyertai perbincangan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN YPN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...