Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orkestra Taiwan LongTan pukau tetamu di Seria

    Oleh Daniel Lim –
     
    BELAIT, 7 OKT – Lebih 1,200 tetamu terpesona dengan persembahan Orkestra Filharmonik Taiwan LongTan yang berlangsung di Pusat Insani, Seria semalam.
     
    Persembahan yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Taiwan di Brunei Darussalam dengan kerjasama Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Brunei Darussalam serta Hotel V Plaza ini, bertujuan untuk mempromosikan pertukaran budaya dan muzik.
     
    Orkestra tersebut mempersembahkan rangkaian muzik orkestra terkenal, termasuk persembahan soprano dan tenor oleh Hui-Ju Chen dan Zhong-Yi Chen, serta interpretasi orkestra lagu rakyat Melayu, Rasa Sayang
     
    Pengarah Muzik, Ting-Yuh Wu, dalam ucapannya menjelaskan bahawa persembahan itu bukan sahaja menyatukan melodi harmoni orkestra tetapi turut menjadi platform pertukaran budaya yang boleh dihargai di peringkat global.
     
    Sementara itu, wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Brunei Darussalam, Vanessa Shih, menyampaikan penghargaan kepada Hotel V Plaza atas sokongan mereka dan sambutan positif daripada para tetamu terhadap persembahan tersebut. Semasa majlis tersebut, Persatuan Perniagaan Taiwan di Brunei Darussalam turut menyampaikan sumbangan berjumlah $14,500 kepada Tabung Amal Daerah Belait. Sumbangan tersebut diterima oleh Pengarah Urusan Hotel V Plaza, Pengiran Mohd Noor Joffren bin Pengiran Omar, mewakili Pejabat Daerah Belait.
     
    Sebelum ini, kumpulan orkestra tersebut juga mengadakan persembahan serupa di Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).
     
    Okestra Filharmonik Taiwan LongTan semasa membuat persembahan di Pusat Insani, Seria, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Beberapa buah muzik yang dipersembahkan oleh Orkestra Filharmonik LongTan di Daerah Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Foto sumbangan yang diserahkan kepada Tabung Amal Daerah Belait oleh Persatuan Perniagaan Taiwan di Brunei Darussalam. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda