Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ostapenko kejutkan Pliskova di terbuka Perancis

    PARIS, 1 OKT – Bekas juara, Jelena Ostapenko berjaya menewaskan Karolina Pliskova di Roland Garros semalam tatkala Novak Djokovic mengintai kemenangan kariernya yang ke-70 di ibu negara Perancis.

    Dalam kejohanan wanita, beberapa bintang utama terlepas kejohanan tersebut, Serena Williams yang menarik diri kerana cedera, ketiadaan pemain nombor satu dunia dan juara bertahan Ashleigh Barty serta pemenang Terbuka AS, Naomi Osaka kesemuanya memberikan Ostapenko dari Latvia peluang merebut gelaran kedua di Paris selepas kemenangan mengejutkan pada 2017.

    Pemain nombor 43 dunia itu menewaskan Pliskova dengan kemenangan 6-4, 6-2 sekali gus membawanya ke perlawanan pusingan ketiga menentang Sloane Stephens, pemenang

    Terbuka AS 2017 dan naib juara di Paris pada 2018, atau pemain Sepanyol, Paula Badosa.

    Pliskova, 28, mara ke separuh akhir pada 2017 tetapi kini gagal melepasi pusingan ketiga dalam lapan penampilannya yang terakhir di Terbuka Perancis.

    Reaksi Jelena Ostapenko dari Latvia ketika meraikan kemenangan menentang Karolina Pliskova dari Republik Czech dalam perlawanan pusingan kejohanan tenis Terbuka Perancis Roland Garros 2020 di Paris semalam. – AFP

    “Saya cuba menjadi agresif tetapi tidak dapat dinafikan dia pemain hebat,” kata Ostapenko, 23 tahun, yang tewas pada pusingan pertama dalam dua jelajah terakhirnya di Terbuka Perancis.

    “Saya harus memberikan prestasi tenis terbaik yang saya mampu.”

    Kekalahan itu melengkapkan tahun yang sengsara di Grand Slam untuk bintang Czech, Pliskova yang hanya mara ke pusingan ketiga di Terbuka Australia dan kedua di Terbuka AS.

    Bagaimanapun, dia tiba di Paris setelah tersingkir dari perlawanan akhir Terbuka Itali menentang Simona Halep kerana kecederaan paha.

    Ostapenko mara ke pusingan 32 terakhir disertai oleh pemenang Wimbledon dua kali, Petra Kvitova, di mana prestasi terbaiknya di Roland Garros adalah pusingan separuh akhir pada tahun 2012. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda