Monday, April 28, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    OWB 2024 berakhir, LAUT Midi Reef Ball dirasmi

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Minggu Lautan Brunei (OWB) telah melabuhkan tirainya kelmarin dengan menyaksikan perasmian LAUT Midi Reef Ball sempena Hari Lautan Sedunia yang diraikan pada setiap 8 Jun.

    Melihat ke hadapan untuk OWB 2025, momentum yang dijana mendorong Brunei ke arah pencapaian yang lebih hebat dengan melaksanakan beberapa tindakan utama.

    Hal itu terbukti menerusi pelancaran Program Duta Laut Brunei, iaitu satu inisiatif baharu yang bertujuan untuk merekrut dan melatih duta tempatan untuk menyokong kelestarian lautan dalam komuniti mereka.

    Di samping itu, pelaksanaan Dasar Perlindungan Marin, yang merupakan kerjasama rapat dengan pembuat dasar untuk berkongsi maklumat bagi menyokong pembangunan dan penguatkuasaan peraturan yang melindungi biodiversiti marin dan menggalakkan amalan mampan.

    Selain meningkatkan kempen kesedaran awam yang bertujuan untuk mendidik dan melibatkan orang ramai melalui kempen dengan mengadakan ceramah di sekolah-sekolah, yang mana akan menekankan kepentingan mengambil tindakan dalam memelihara lautan kita.

    Kejayaan OWB 2024 juga menggariskan komitmen kolektif terhadap kelestarian lautan dan semasa Hari Lautan Sedunia turut diingatkan bahawa setiap tindakan, tidak kira kecil akan menyumbang kepada kesihatan dan vitaliti lautan.

    Antara yang terlibat dalam menjayakan OWB 2024 sempat bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN PONI MARINES
    GAMBAR SERAHAN PONI MARINES
    GAMBAR SERAHAN PONI MARINES

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda