Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pacers mara ke separuh akhir

    LOS ANGELES, 5 DIS – Tyrese Haliburton yang mencatat triple-double pertama dalam kariernya, telah membantu Indiana Pacers menewaskan Boston Celtics 122-112 kelmarin untuk mara ke separuh akhir kejohanan musim baharu NBA.

    Sementara itu, New Orleans Pelicans juga menempah slot separuh akhir di Las Vegas pada Khamis ini, bangkit daripada permulaan yang perlahan untuk menewaskan Kings 127-117 di Sacramento.

    Di Indianapolis, Haliburton mencatat 26 mata dengan 10 rebound dan 13 assists, sementara Pacers menyumbang keputusan 9-0 dengan perlawanan berbaki kurang dua minit untuk menguasai semula perlawanan yang sengit itu.

    Pacers, yang menduduki tempat keenam dalam senarai Eastern Conference, menyingkirkan Celtics yang mendahului Eastern dan akan berdepan Milwaukee Bucks atau New York Knicks dalam separuh akhir.

    Bucks menjadi tuan rumah New York Knicks dalam suku akhir hari ini, dan Haliburton berkata Pacers akan bersedia menghadapi mana-mana pasukan.

    “Kami merupakan kumpulan muda yang bersemangat dan mahu menang setiap malam,” kata Haliburton.

    “Jadi kami gembira berada di sana, tetapi kami tidak berasa puas. Kami mahu menang.”

    Buddy Hield menambah 21 mata untuk Pacers, yang mempunyai tujuh pemain mencatat angka berganda yang menggembirakan lebih daripada 16,000 orang peminat di Gainbridge Fieldhouse.

    Jayson Tatum mencatat 32 mata dengan 12 rebound, manakala Jaylen Brown menambah 30 mata dan sembilan rebound untuk Boston, yang menguasai pada separuh masa pertama tetapi gagal menangkis serangan Pacers yang angresif pada separuh masa kedua.

    Sementara itu, Celtics mengatasi Indiana 34-19 pada separuh masa pertama, mendahului 55-48 pada masa rehat. – AP

    Jayson Tatum (kanan), dikawal oleh Tyrese Haliburton semasa separuh masa perlawanan Kejohanan NBA pada 4 Disember 2023, di Indianapolis. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...