Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Carvajal diketepikan hingga tahun depan

    MADRID, 5 DIS – Bek kanan Real Madrid, Dani Carvajal mengalami kecederaan betis dan tidak mungkin beraksi lagi sehingga tahun depan.

    Ujian hari ini menunjukkan Carvajal mengalami kecederaan pada otot betis kiri. Dia telah digantikan pada separuh masa ketika Madrid menang 2-0 menentang Granada baru-baru ini dalam liga Sepanyol.

    Carvajal dijangka tidak akan beraksi selama sebulan dan boleh terlepas sekurang-kurangnya lima perlawanan, termasuk empat dalam liga Sepanyol dan kunjungan pasukan ke Union Berlin pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Madrid telah pun mendapat tempat pertama dalam kumpulan. Mereka memimpin liga Sepanyol bersama-sama dengan Girona.

    Carvajal mungkin akan pulih semula tepat pada masanya untuk separuh akhir Piala Super Sepanyol di Arab Saudi. Madrid pula akan menentang Atletico Madrid pada 10 Januari.

    Lucas Vázquez dijangka menggantikan Carvajal di bek kanan.

    Jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti telah kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan, termasuk penjaga gol, Thibaut Courtois dan pertahanan tengah, Eder Militao yang menghadapi masalah lutut yang serius. Turut cedera ialah Luka Modric, Vinicius Junior, Aurelien Tchouameni, Eduardo Camavinga dan Arda Guler. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...