Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Pacu keupayaan, kebolehpasaran tenaga kerja tempatan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Lapan orang kakitangan dari Adinin Works and Engineering Sdn Bhd (AWE) telah berjaya menamatkan pengajian pengambilan pertama EmployAbility, program pelaburan sosial Brunei LNG Sdn Bhd, dan diraikan pada majlis yang berlangsung di Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra.

    EmployAbility dilancarkan pada 5 Februari 2022 di bawah tajaan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib, dengan matlamat untuk meningkatkan pekerjaan dan keupayaan iaitu kemahiran dan kecekapan melalui pembinaan keupayaan tenaga kerja tempatan sekali gus menyokong Wawasan Brunei 2035 iaitu rakyat yang berkemahiran tinggi.

    Ia diharap dapat membina tenaga kerja tempatan yang mampan bagi menggantikan pekerja asing, menyumbang kepada mengurangkan pengangguran negara.

    Selain itu ia juga menyediakan peningkatan kemahiran dan kemahiran semula pencari kerja yang ada melalui latihan dan bimbingan kepada tenaga kerja tempatan termasuk pelajar yang akan menyertai tenaga kerja, lepasan sekolah baru atau graduan yang sedang mencari pekerjaan dan mereka yang sudah bekerja tetapi ingin meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula.

    Pengiran Haji Jamra Weira bergambar ramai dengan kakitangan AWE yang berjaya menamatkan pengajian pengambilan pertama EmployAbility, kelmarin.
    Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG ketika menyampaikan ucapan.

    Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada Awang Mohammad Eddy bin Morsidi.
    Antara jemputan yang menghadiri majlis tersebut.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Hajah Farida berkata, EmployAbility adalah salah satu daripada banyak pendekatan Whole of Nation dengan kerjasama kerajaan bagi membantu memperkasakan pencari kerja tempatan melalui latihan semula dan kemahiran semula untuk mendapatkan pekerjaan.

    “EmployAbility ialah pelan tindakan Brunei LNG untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja sambil menangani kebolehpasaran di negara ini, dan kami mengalu-alukan semua rakan niaga kami untuk menjadi penyumbang ke arah Wawasan Brunei 2035,” tambahnya.

    Pengambilan pertama program itu, terdiri daripada lapan kakitangan berbakat dari AWE, merupakan kisah kejayaan yang cemerlang.

    Individu-individu berkenaan telah bekerja tanpa jemu untuk mengatasi cabaran dan halangan dan telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang luar biasa terhadap pembangunan peribadi dan profesional mereka.

    Pengarah Urusan AWE, Awang Musa Adinin dalam ucapannya pula berkata, dengan bantuan program tersebut, syarikat tersebut telah menambah bilangan pekerja tempatan dalam projek Brunei LNG dan mencapai visi mereka, di mana pada tahun ini, mereka mempunyai sebanyak 70 peratus pekerjaan tempatan, iaitu sekitar 596 kakitangan.

    Beliau melahirkan perasaan berbesar hati kerana diberi peluang itu dan merakamkan penghargaan kepada Brunei LNG kerana memberi kepercayaan kepada AWE untuk menyertai program perantisan itu.

    “Kami amat menghargai sokongan praktikal Brunei LNG kepada pelaburan kami ke dalam pembangunan pekerja tempatan melalui program perantisan ini. Ia telah membantu kami mengisi jurang antara jawatan yang ada dan calon tempatan yang berwibawa untuk mengisinya,” ujarnya.

    Brunei LNG melalui EmployAbility bekerjasama dengan Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jawatankuasa Pandu Industri Tenaga Manusia (MISC), JobCentre Brunei (JCB) dan pihak berkepentingan lain untuk membina tenaga kerja Brunei yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...