Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paip air panas pecah, 4 maut

    MOSCOW, 23 JULAI – Sekurang-kurangnya empat orang maut apabila paip air panas pecah di sebuah pusat membeli-belah di Moscow kelmarin, kata datuk bandar Sergey Sobyanin.

    Media Rusia melaporkan bahawa mengikut sumber perubatan, sekurang-kurangnya sembilan orang mengalami lecur teruk akibat kejadian itu.

    Perkhidmatan kecemasan mengesahkan bahawa kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah pekerja Hypermarket Global Gourmet, yang terletak di tingkat bawah pusat membeli-belah, lapor agensi Anadolu.

    Pasukan penyelamat dan anggota perubatan kini berada di tempat kejadian. – Bernama

    Menurut perkhidmatan kecemasan, kesemua mangsa yang meninggal dunia merupakan pekerja Hypermarket Global Gourmet. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda