Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Pakaian bukan penentu sifat baik’

    Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel berpendapat pakaian yang digayakan dengan cerminan tertentu bukan penentu pendapat atau tindakan mereka sentiasa tepat.

    Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, sebaliknya berkata, penanda aras itu tidak adil kepada mereka yang menjalankan tanggungjawab dengan baik dan amanah.

    “Tak pukul rata tapi bila orang salahgunakan imej berjubah untuk membutakan mata orang lain hanya kerana pakaian disarungkan, jadi tak adil.

    “Benda itu jadi tidak baik terutamanya buat mereka yang memang menjalankan tanggungjawab dengan baik serta penuh amanah,” katanya kepada mStar.

    Naim berkongsi perkara itu ketika ditemui di set penggambaran Projek: Exit di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Antara babak lakonan Naim di dalam drama Projek: Exit. – mStar

    Sebelum ini, Naim ada meluahkan perkara sama menerusi aplikasi X miliknya.

    Dalam pada itu, Naim menjelaskan untuk seseorang berbuat baik tidak semestinya perlu mengenakan pakaian tertentu sebaliknya ia berbalik kepada sikap dan keperibadian seseorang.

    Malah kata Naim, menjadi satu kerugian bagi mereka yang menggunakan pakaian dan agama untuk menutup kekurangan diri kerana lambat laun karakter sebenar mereka akan terbongkar.

    “Tidak semestinya seseorang itu boleh tutup kesalahan dengan pakaian mereka.

    “Pakaian yang ditonjolkan sepatutnya selari dengan keperibadian seseorang, tanggungjawabnya juga berat.

    “Kalau rasa susah, jangan buat sebab orang macam saya pun akan dipersoalkan, apatah lagi kalau taraf agamawan,” jelasnya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...