Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakaian tradisional warisan

    RAMALLAH – Ratusan penduduk Palestin memakai pakaian tradisional tempatan dan menyertai sambutan umum di jalanan pada baru-baru ini di bandar-bandar Tebing Barat untuk menunjukkan kebanggaan warisan Palestin.

    Di bandar Ramallah, penduduk lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan orang tua telah berarak menyanyikan lagu tradisional dan lagu-lagu sambutan penuh harapan, kasih sayang dan kegembiraan sambil mengenakan pakaian tradisional dari pelbagai kawasan di Palestin.

    Shireen Shalalfeh berasal dari bandar Hebron di selatan Tebing Barat untuk mengambil bahagian dalam perarakan di bandar Ramallah. Beliau memberitahu kepada Xinhua, memakai pakaian tradisinya menjadikan beliau berasa bangga dan dekat dengan identitinya.

    “Warisan kami merupakan identiti dan budaya kami yang kami berusaha untuk melinudnginya dengan mengadakan festival seperti ini, pameran dan memperkayakan arkib kami dengan visual kostum tradisonal Palestin,” kata Shalafeh.

    Kebanyakan penduduk Palestian tidak memakai pakaian tradisonal mereka dalam kehidupan seharian mereka. Tetapi ramai yang menyesuaikan diri mereka dengan pakaian modern terutama sekali kepada golongan wanita dan penduduk Palestin sering memakainya ketika majlis perkahwinan sahaja.

    Salah seorang warga Palestin memakai pakaian tradisional ketika Hari Pakaian Warisan Tradisional di Tebing Barat. – Xinhua

    Salah satu penganjur majlis pada tahun ini, Lana Hijazi mengatakan “hari ini kami menyambut pakaian warisan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia bahawa kami mementingkan warisan kami dan kami akan terus menggunakannya, menjaganya dan kami akan terus menyambutnya setiap tahun supaya tiada pihak yang akan mencuri identiti atau tanah kami.”

    Penganjur mengatakan bahawa perarakan itu telah berkembang menjadi amalan tahunan, berkembang setiap tahun.

    Perarakan itu bermula sebagai inisiatif yang kecil dan selepas lima tahun, penganjur mencatatkan matlamat mereka ke dalam sebuah badan bukan kerajaan yang khusus dengan membuat arkib dan mendokumentasikan pakaian negara kebangsaan Palestin.

    Dari Nablus, Rafeef Malhas datang dengan memakai pakaian istimewa Bethlehem tradisional dinamakan sebagai pakaian Al-Malak.

    Beliau menjelaskan perarakan awam ini merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan Palestin terhadap identiti mereka yang diserang oleh negara lain.

    “Hanya ini sahaja identiti untuk penduduk Palestin di seluruh dunia.

    Penjajahan dari negara lain mencuba untuk merampasnya dan memberitahu bahawa warisan itu milik mereka, oleh itu kami berjuang untuk mengatakan seluruh dunia bahawa in adalah tradisi kami. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda