MOSCOW, 3 APRIL – Gabungan parti politik Union of Democratic Forces (SDS) dan Citizens for European Development of Bulgaria (GERB) yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Bulgaria Boyko Borisov mendahului keputusan pilihan raya awal.
Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Bulgaria pada Isnin memaklumkan perkara berkenaan selepas memproses 81 peratus undi.
Setakat 5:00 GMT waktu tempatan, gabungan GERB-SDS memperoleh 26.67 peratus undi, manakala gabungan parti We Continue the Change diketuai oleh bekas perdana menteri Bulgaria yang lain Kiril Petkov dan perikatan pilihan raya Democratic Bulgaria memperoleh 24.68 peratus.
Parti politik pro-Rusia Revival berada di tempat ketiga dengan memperoleh 14.58 peratus, lapor Sputnik.
Keputusan awal dilihat bertepatan dengan hasil tinjauan sosiologi yang dijalankan di pusat mengundi, dan didedahkan kepada umum sekitar tengah malam oleh penyiar Bulgaria Nova. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P13-D-web_04042023.jpg)