Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pakatan strategik tumpukan industri tekstil halal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Maju Bina Enterprise selaku pengedar dan pembekal Tekstil Patuh Syariah BERSUCI bersama Ikatan Pengusaha Muslimah Indonesia, Corlido Group Brunei, Auni Exclusive, Fabrikku Sdn Bhd, Perusahaan Mazroni BKP dan Rakan-rakan serta The Gentleman Stitch telah menandatangani pakatan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pakatan Strategik yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Presiden Majlis Perniagaan Wanita (WBC) Brunei Darussalam, Datin Paduka Hajah Rokiah binti Haji Zakiah.

    Pada majlis berkenaan, Ketua Pembangunan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Brunei Darussalam, Kapten (B) Zailan bin Pehin Datu Kerma Setia Mejar (B) Dato Seri Laila Jasa Mohd Don semasa berucap menjelaskan dalam konteks pematuhan syariah, sokongan kepada kedua-dua tanggungjawab Fardu Ain dan Fardu Kifayah adalah perlu.

    Menurutnya pihak yang menandatangani perjanjian tersebut akan menjadi pemain industri untuk menyediakan pakaian seragam patuh syariah untuk sekolah dan agensi, pakaian untuk pekerja binaan dan syarikat minyak dan gas, telekung, sejadah dan sebagainya untuk pasaran tempatan dan eksport.

    Proses dan sistem pelaksanaan pematuhan syariah memerlukan penyelidikan dan kajian melalui institusi akademik yang seterusnya menyediakan keperluan modal insan dalam pelbagai bidang terutamanya ke arah pembangunan industri halal. 

    Datin Paduka Hajah Rokiah semasa hadir pada majlis penandatanganan tersebut selaku tetamu kehormat.
    Awang Ramli bersama antara perwakilan syarikat semasa majlis penandatanganan berkenaan.

    Ini boleh dicapai dengan pemahaman yang lebih baik daripada para peniaga melalui siri perbincangan dan forum dengan pemain industri, jelas beliau.

    Mengenai kebolehkesanan patuh syariah, beliau seterusnya menyatakan bahawa bagi sistem pengesanan dan kemudahan ujian makmal, sebuah syarikat multinasional telah ditubuhkan di Thailand antara IHTHS Corporation Brunei dan Airyeenah Lab Thailand untuk menyediakan perkhidmatan ujian makmal bagi produk patuh syariah. 

    Makmal tersebut bekerjasama dengan Alihashim Corporation Brunei mengguna pakai teknologi rantaian blok bagi tujuan pengesahan bahawa produk yang diuji mematuhi syariah.

    Sementara itu, majlis penandatanganan tersebut telah dimeterai oleh Ketua Pegawai Operasi Maju Bina Enterprise, Awang Ramli bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Zainuddin bersama perwakilan-perwakilan Ikatan Pengusaha Muslimah Indonesia, Corlido Group Brunei, Auni Exclusive, Fabrikku Sdn Bhd, Perusahaan Mazroni BKP dan Rakan-rakan serta The Gentleman Stitch.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...