Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pakistan kecam pencerobohan Israel di Gaza

    NEW DELHI, 13 FEB – Pakistan mengecam pencerobohan tentera Israel di bandar Rafah, Gaza, yang jelas mengingkari perintah mahkamah antarabangsa baru-baru ini supaya tidak melakukan genosid terhadap rakyat Palestin. 

    “Serangan Israel di Rafah melanggar langkah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi melindungi penduduk Gaza.

    “Tindakan itu akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang telah berlanjutan sejak empat bulan lalu dan menjejaskan usaha berterusan terhadap potensi gencatan senjata,” menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan pada kelmarin.

    Pakistan menggesa masyarakat dunia dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil langkah segera menamatkan pencerobohan dan jenayah berterusan terhadap kemanusiaan yang dilakukan rejim Israel.

    Ancaman Israel untuk meluaskan serangan tenteranya ke Rafah berhampiran sempadan Mesir telah menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia.

    Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meniru perbuatan pemimpin Nazi Adolf Hitler dan melanggar batas kekejaman pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

    “Walaupun kuasa Barat secara terbuka menggesa Israel menghentikan keganasan, mereka menutup mata terhadap kekejaman Netanyahu dengan berselindung di sebalik alasan Hamas,” katanya. – Bernama

    – Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...