Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pakistan: Taliban Afghan bedil bandar sempadan

    QUETTA, PAKISTAN, 15 DIS – Pihak berkuasa Pakistan hari ini berkata seorang terbunuh manakala 11 lagi cedera apabila tentera Taliban Afghanistan melepaskan tembakan mortar ke arah orang awam dekat persimpangan sempadan barat daya Chaman, menggambarkan ketegangan yang semakin meningkat antara negara berjiran itu.

    Keganasan terbaharu itu menyusuli beberapa insiden maut dan serangan yang telah menjejaskan hubungan antara pemerintah Pakistan dan Taliban Afghanistan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

    Tidak jelas apa punca berlakunya tembakan berhampiran Chaman, laluan perdagangan utama antara kedua-dua pihak.

    Keganasan berterusan hari ini, itu berlaku beberapa hari selepas tujuh orang awam Pakistan terbunuh dalam serangan rentas sempadan oleh tentera Taliban.

    Akhtar Mohammad, seorang doktor di sebuah hospital di Chaman, berkata kakitangan di sana menerima 12 orang yang cedera susulan pertempuran itu.

    Seorang lelaki cedera akibat bedilan pasukan Afghanistan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan di Chaman pada 15 Disember. – AP

    Seorang daripadanya meninggal dunia kemudian dan sebahagian yang cedera disenaraikan dalam keadaan kritikal.

    Abdul Hameed Zehri, pentadbir kerajaan di bandar Chaman di wilayah Baluchistan, turut mengesahkan mangsa yang terkorban.

    Pegawai keselamatan berkata tentera Pakistan bertindak balas terhadap tembakan Afghanistan, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

    Pihak berkuasa berkata mortar yang ditembak oleh pasukan Taliban Afghanistan turut mengenai sebuah trak berhampiran Chaman.

    Mereka menuduh tentera Taliban Afghanistan sengaja menyasarkan penduduk awam.

    Pegawai-pegawai itu berkata insiden berbalas tembakan telah reda dan pihak berkuasa Pakistan telah berhubung dengan pemerintah Taliban Afghanistan di Afghanistan untuk mengelakkan insiden bertambah teruk. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Letupan gas di kilang kimia Pakistan ragut 14 nyawa

    FAISALABAD, PAKISTAN, 21 NOV - Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk...

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    Bahan letupan lama meletup, ragut tiga nyawa kanak-kanak di Afghanistan

    KABUL, 14 NOV - Tiga kanak-kanak maut apabila bom...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...