Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palestin gesa AS teruskan penyediaan proses damai

    RAMALLAH, 3 Feb – Kementerian Luar Palestin menggesa pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk segera kembali memainkan peranannya dalam menyediakan proses keamanan di antara Palestin dan Israel.

    Kementerian itu berkata dalam satu e-mel kenyataan akhbar bahawa ia telah meminta Setiausaha Negara AS Rex Tillerson untuk mengisytiharkan wawasan AS terhadap konflik Palestin-Israel, termasuk kedudukannya mengenai penyelesaian dua negara dan keinginan untuk memenuhinya dalam kerjasama
    dengan rakan-rakan serantau, antarabangsa dan Arab.

    Keterangan itu menekankan bahawa diplomat-diplomat Palestin secara rapat mengikuti tindak balas dan kedudukan AS, yang biasanya berayun antara berdiam diri atas pelanggaran harian pihak Israel dan secara awam mengisytiharkan sokongan tanpa syarat terhadap kerajaan Israel.

    Kementerian itu menggambarkan cadangan-cadangan politik Netanyahu sebagai keputusan “rundingannya sendiri, jauh daripada rakan damai Palestin, yang perlu ditolak oleh Pentadbiran Presiden Donald Trump.”

    Warga Palestin dan tentera Israel bertempur di timur Nablus, di Tebing Barat yang diduduki. - AFP
    Warga Palestin dan tentera Israel bertempur di timur Nablus, di Tebing Barat yang diduduki. – AFP

    Netanyahu berkata minggu lepas bahawa terdapat dua prinsip utama dalam perundingan bersama orang Palestin, sebagai pengiktirafan Israel sebagai negara Yahudi dan kawalan keselamatan penuh Israel terhadap kawasan-kawasan di antara sungai Jordan dan Laut Mediterranean.

    Beliau berkata bahawa Israel tidak boleh mengalah terhadap kedua-dua asas itu, menegaskan aktiviti penempatan Israel bukanlah teras konflik itu, menurut radio awam Israel.

    Rundingan-rundingan damai di antara Israel dan Palestin telah terhenti sejak April 2014. Pihak AS telah menaja beberapa rundingan yang telah berjalan selama sembilan bulan namun tidak mencapai sebarang keputusan yang ketara. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda