Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pameran sempena memperingati sumbangan Nicolaus Copernicus

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Masih terdapat banyak peluang untuk mengukuhkan dan mengeratkan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Poland dengan hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara mula terjalin pada 1996.

    Oleh itu, sebagai rakan kerjasama masih terdapat banyak peluang untuk diterokai bersama dengan usaha terus dilaksanakan bagi mengukuhkan kerjasama dan pertukaran dalam bidang seperti pelancongan dan pendidikan.

    Salah satu bidang yang dipercayai dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala itu adalah melalui diplomasi kulinari, jelas Duta Poland ke Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Krzysztof Dobrowolski dalam ucapan alu-aluannya di Pameran Memperingati Tokoh Astronomi, Nicolaus Copernicus yang berlangsung di Kolej Perdagangan Laksamana (LCB), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Pemangku Juruukur Agung, Kementerian Pembangunan, Dayang Nor Liza binti Haji Mohamed Daud. Turut hadir ialah perwakilan-perwakilan dari negara-negara sahabat serta para jemputan khas.

    Pameran yang dihoskan oleh LCB bermatlamat untuk memperingati sumbangan, kehidupan dan mercu tanda bersejarah dalam kehidupan tokoh astronomi kelahiran Poland, Nicolaus Copernicus.

    Para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan pameran yang mengetengahkan perjalanan kehidupan yang penuh cabaran dan kejayaan yang dilalui oleh Nicolaus Copernicus dengan diiringi oleh persembahan lagu-lagu Poland yang disembahkan oleh Magdalena Wojtaszek dan Marieta del Mar.

    Para jemputan turut menikmati hidangan kulinari Poland yang menarik yang disediakan oleh chef selebriti, Marcin Budynek, Mariusz Olechno dan Kamil Babkowski di The Culinary School Training Restaurant dengan dibantu oleh pelajar-pelajar kulinari LCB.

    Dayang Nor Liza bersama jemputan yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara pameran yang disediakan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...