Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pan gabenor baharu bank pusat China

    BEIJING, 25 JULAI – Pan Gongsheng dinamakan sebagai Gabenor Bank Pusat China hari ini dalam pelantikan terakhir yang dijangkakan bagi perubahan kuasa sekali sedekad Parti Komunis.

    Pan, Timbalan Gabenor Bank Pusat dan veteran industri perbankan milik negara China, menggantikan Yi Gang, seorang ahli ekonomi terlatih Amerika yang memegang jawatan itu selama lima tahun. Pengesahan kenaikan pangkat Pan oleh badan perundangan, Kongres Rakyat Kebangsaan, mengikuti pelantikan peringkat kabinet lain yang diumumkan pada Mac.

    Gabenor Bank Rakyat China ialah tokoh China yang paling terkenal dalam lingkungan kewangan tetapi kuasa jawatan itu terhad. Bank itu dikawal oleh Parti Komunis.

    Pan, yang genap 60 tahun bulan ini, bertemu dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen pada 8 Julai, menunjukkan dia telah dinaikkan pangkat. Dia diandaikan menyandang jawatan itu selepas dinamakan sebagai Setiausaha Parti Komunis untuk bank pusat.

    Pada 2015, Pan dilantik sebagai ketua pengawal selia pertukaran asing China, biasanya batu loncatan kepada jawatan tertinggi bank pusat. Terdahulu, beliau adalah Naib Presiden Agricultural Bank of China Ltd., salah satu daripada empat pemberi pinjaman komersial utama negara.

    Pan memperoleh PhD dalam bidang ekonomi dari Universiti Renmin di Beijing dan menjalankan penyelidikan di Universiti Cambridge dan Harvard. – AP

    Pan Gongsheng mendengar soalan wartawan semasa sidang media di Pejabat Maklumat Majlis Negeri di Beijing pada 3 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda