Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pan Gon hilang tiga tonggak utama

    KUALA LUMPUR, 23 MEI – Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan Gon berdepan tugas sukar apabila kehilangan tiga tonggak utama menjelang baki dua perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan depan.

    Tiga pemain itu ialah pemain sayap, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.

    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini menyebut ketiga-tiga mereka bersama seorang lagi pemain pertahanan kiri, Muhammad Azam Azmi Murad terpaksa diketepikan daripada dipanggil ke kem latihan pusat pasukan bermula Isnin depan kerana masalah kecederaan.

    Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim dilaporkan terpaksa berehat panjang susulan kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lepas.

    Pada masa sama, penyerang pinjaman Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad bersama pemain tengah pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhamad Feroz Baharudin kembali dipanggil ke kem kebangsaan.

    Mereka antara lapan pemain baharu disenaraikan Pan Gon yang mengekalkan 16 daripada 24 pemain dari skuad terdahulu bagi dua aksi kumpulan menentang Oman, Mac lepas.

    Dalam pada itu, pertahanan kiri Penang FC, Muhammad Adib Abdul Ra’op berpeluang membuat debut antarabangsa apabila turut dipanggil ke kem latihan pusat manakala pemain tengah kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine menjadi pemain tunggal Selangor FC yang memperkuatkan pasukan negara kali ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...