Friday, June 21, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren

    KUALA LUMPUR, 28 MEI – Pemain sayap Kuching City FC, Nur Shamie Iszuan Amin sekali lagi mendapat peluang membuktikan kehebatan bersama skuad Harimau Malaya, apabila dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

    Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek pada 6 Jun, sebelum menutup kempen saingan Kumpulan D bertemu Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun.

    Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon berkata Nur Shamie yang diletakkan dalam Senarai Bersedia, telah dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula hari ini bagi menggantikan penyerang Sabah FC, Darren Lok, yang mengalami kecederaan pangkal paha.

    “Shamie, 29, menggantikan Darren Lok dari Sabah FC yang hadir melapor diri, semalam tetapi terpaksa dilepaskan hari ini, selepas pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan hamstring.

    “Semoga Darren cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” kata Pan Gon dalam hantaran Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

    Nur Shamie pernah memperkuatkan pasukan Malaysia bimbingan Pan Gon pada kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, dan diturunkan dalam dua perlawanan kumpulan masing-masing menentang Laos dan Vietnam, serta aksi separuh akhir pertama bertemu Thailand.

    Darren merupakan tonggak jentera serangan Harimau Malaya terbaharu yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan, selepas dua pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Arif Aiman Mohd Hanapi serta dua penyerang Romel Morales dan Muhammad Syafiq Ahmad. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Modi ketuai sambutan hari yoga India

    INDIA, 21 JUN – Sambil meregang, melengkungkan punggung dan melutut di atas tikar, Perdana Menteri nasionalis Hindu India, Narendra Modi, mengetuai ratusan orang melakukan...