Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pelajar tikam muka guru di barat Perancis

    PERANCIS, 28 MEI – Seorang pelajar berusia 18 tahun ditahan di barat Perancis kelmarin selepas menikam muka guru bahasa Inggerisnya dan melarikan diri, kata pihak berkuasa.

    Guru dari bandar Chemille-en-Anjou di barat Perancis itu ‘mengalami kecederaan di muka yang tidak mengancam nyawa’, kata kenyataan bersama pihak berkuasa termasuk pengawas dan pendakwa raya.

    Pegawai penguatkuasa undang-undang kelihatan di hadapan Lycee de l’Hyrome di mana serangan berlaku pagi kelmarin, menurut seorang jurugambar AFP di tempat kejadian.

    Bercakap kepada pemberita, pendakwa raya Eric Bouillard menolak sebarang motif agama atau radikal, sambil menambah suspek meluahkan perasaan tidak senang hati.

    Menurut keterangan pendakwa raya, murid berkenaan menyerang guru tersebut semasa kelas selepas rehat.

    Dia “menyerang guru dari belakang dan menikam mukanya, mencetuskan panik di dalam kelas,” katanya.

    Selepas serangan itu, suspek dengan cepat meninggalkan tempat kejadian melalui tingkap, meninggalkan pisaunya, menurut pihak berkuasa. Dia telah ditahan oleh anggota polis dan polis perbandaran. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...